NCD

NCD - No Claim Discount (Diskaun Tanpa Tututan)

Diskaun ini kita boleh anggapkan ia adalah insentif yang diberikan kepada orang yang diinsurankan kerana tidak ada membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan insuran tersebut. Selepas tempoh setahun, jika tiada tuntutan yang dibuat, orang yang diinsurankan layak menuntut NCD ketika beliau memperbaharui insuran. Kadar NCD adalah seperti berikut:
Selepas tahun pertama                          25%
Selepas tahun kedua                             30%
Selepas tahun ketiga                        38.33%
Selepas tahun keempat                         45%
Selepas tahun kelima dan seterusnya  55%

NCD boleh dipindahkan ke Insuran lain atau ke kenderaan lain atas nama pemilik yang sama kerana NCD adalah insentif yang diberi kepada orang yang diinsurankan dan bukan kepada kenderaan tersebut.

No comments:

Post a Comment