Renew Car Insurance

Assalamualaikum, Terima kasih kerana sudi mengunjungi blok kami. Ary Lane adalah agen Takaful Ikhlas. Hubungi kami untuk perbaharui Insuran kenderaan anda di talian 0132712272 call/sms/whatsapp. TIADA bayaran tambahan. Anda hanya perlu membayar nilai insuran sahaja. Walau dimana anda berada, jarak bukan penghalang untuk kami memberikan khidmat kami. Hanya whasappkan gambar cover note dan geran ke nombor yang tertera. Kualiti perkhidmatan kami dijamin 100%.


Apa Itu Insuran Kenderaan?

Assalamualaikum,

Sesiapa yang berhasrat untuk membeli kereta buat kali pertama, perlu mengetahui 3 perkara penting yang mesti ada untuk pemilik kenderaan iaitu lesen kereta, insuran kereta dan road tax.
Lesen - lesen memandu adalah jaminan bahawa kita lulus undang-undang jalan raya dan tahu memandu kenderaan tanpa membahayakan diri sendiri dan orang lain. 
Insuran kenderaan - Jika berlaku kemalangan atau kecurian kereta, kita boleh membuat tuntutan gantirugi dari syarikat insuran atas nilai kenderaan yang telah diinsurankan.
Road Tax- Cukai jalan yang dikenakan keatas setiap kenderaan yang ingin bergerak dijalan raya.

Biasanya kita tak ambil kisah sangat untuk kali pertama membeli kereta. Masalah akan timbul setelah setahun kemudian dimana kita perlu memperbaharui insuran dan road tax kereta. Semua kereta perlu memperbaharui insuran kenderaan setahun sekali. Tetapi road tax boleh diperbaharui setahun sekali atau enam bulan sekali. 

Apa yang perlu dibuat? Perbaharui insuran dahulu baru boleh buat road tax. Macamana nak baharui insuran? Cari agen insuran. Biar agen yang uruskan semuanya. Tapi jangan sampai tertipu dengan agen. kita mesti tau juga serba sedikit tentang insuran ni. Untuk yang beragama islam, adalah lebih baik dan digalakkan anda renew insuran dengan takaful bukan insuran konvensional. Kenapa? Sebab takaful punya akad yang berbeza dan tiada unsur riba. Sila rujuk post "perbezaan insuran konvensional dan takaful" untuk keterangan yang lebih lanjut. 

Sebelum anda datang jumpa agen, pastikan dokumen anda lengkap untuk mengelakkan anda terpaksa ulang-alik berkali-kali. Antara dokumen yang penting adalah:
1) Geran kereta, 
2) Cover note/polisi insuran/reminder notice.

Jika anda membeli kereta melalui pinjaman bank, anda perlu mendapatkan geran kereta anda dari bank yang berkenaan. Pergi bank dan dapatkan geran dulu. Bila dah dapat geran, pastikan salah satu dokumen ni ada, cover note atau reminder atau polisi insuran. Sekarang boleh cari agen insuran. Anda mesti pastikan berapa market value kereta anda pada tahun itu. Contoh kereta beli tahun 2013 harga RM50K. Bila renew insuran, harga kereta akan jatuh sikit bergantung jenis kereta. Katalah market value kereta anda pada tahun 2014 jadi RM48K. Makanya pastikan anda insurankan kenderaan anda mengikut harga pasaran kereta itu. Kadang-kadang agen suruh anda insurankan kenderaan anda lebih dari market value kerana agen nak dapatkan komisyen lebih. Jangan buat! Kalau berlaku apa-apa pada kenderaan anda, walaupun anda insurankan pada harga yang tinggi dari market value, syarikat insuran akan bayar anda mengikut harga market value bukan harga yang anda insurankan. Faham?

Ok. Next pastikan anda memperolehi NCD yang selayaknya. Apa itu NCD? Rujuk post berkaitan NCD. Biasanya mereka yang telah berkahwin akan meletakkan nama pemandu kedua di dalam insuran. Tambahan nama pemandu ini tiada tambahan dari segi charges. Tetapi jika anda ingin menambah insuran cermin hadapan atau sebagainya, charges tambahan akan dikenakan. Bila selesai anda buat insuran, cover note akan terus dihantar ke JPJ melalui online. Tetapi anda boleh juga meminta agen untuk memberi anda satu salinan cover note. Cover Note adalah Insuran sementara sebelum polisi insuran yang sebenar dikeluarkan oleh syarikat insuran.

Sekarang bolehlah anda pergi untuk membuat Road Tax. Opps!!... pastikan anda tiada saman polis atau JPJ yang tertunggak sebelum anda pergi membuat Road Tax. Kalau ada saman tertunggak anda perlu langsaikan semua saman yang ada barulah boleh buat road tax.

No comments:

Post a Comment