First party ni biasanya kita panggil kompehensif. Insuran first party lebih mahal dari third party. Kenapa? Sebab kalau korang ambil insuran first party, apa-apa berlaku pada kereta seperti hilang atau kemalangan dan kebakaran, korang boleh tuntut gantirugi dari insuran. Kiranya boleh buat tuntutanlah.
Kalau third party, namanya pun dah third party. Third party ni maksudnya individu pihak ketiga yang mengalami kecederaan atau kerugian yang disebabkan oleh kemalangan kereta kita. Pihak ketiga ni boleh jadi pejalan kaki, pemandu kereta lain atau penumpang kenderaan lain. Insuran akan cover pihak ketiga ni sahaja. Kita? Sorry gigit jari je lah.
Biasanya agen tak galakkan dan tak nak buat insuran kalau korang nak ambil third party untuk kereta kurang dari 15 tahun. Kalau kereta baru, rugi ambil third party ni. Jadi dinasihatkan janganlah ambil third party insuran. Tidak menguntungkan korang langsung.
ooo begitu.. terima kasih bgtau...
ReplyDeleteKalau kenderaan lebih dari 15 tahun boleh ke ambik first part
ReplyDelete