Renew Car Insurance

Assalamualaikum, Terima kasih kerana sudi mengunjungi blok kami. Ary Lane adalah agen Takaful Ikhlas. Hubungi kami untuk perbaharui Insuran kenderaan anda di talian 0132712272 call/sms/whatsapp. TIADA bayaran tambahan. Anda hanya perlu membayar nilai insuran sahaja. Walau dimana anda berada, jarak bukan penghalang untuk kami memberikan khidmat kami. Hanya whasappkan gambar cover note dan geran ke nombor yang tertera. Kualiti perkhidmatan kami dijamin 100%.


Perbandingan Insuran Konvensional dan Takaful

Assalamualaikum..


Terdapat beberapa perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans konvensional  adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut. Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta.
Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional adalah seperti berikut:

Konsep
Takaful
Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong (ta’awun) dan tabarru'
Insuran 
Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial

Akad
Takaful
Wakalah, Mudharabah
Insuran
Jual beli

Prinsip
Takaful
Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir
Insuran
Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir'

Operasi
Takaful
Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC)
Insuran
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)

Keuntungan
Takaful
Keuntungan akan dikongsi  antara pengendali (syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
Insuran
Mempraktikkan riba (faedah)


Nota Kaki:


Tabarru' ialah sejumlah wang yang didermakan oleh pencarum untuk takaful dan bagi tujuan tersebut pengendali takaful dilantik oleh pencarum untuk menguruskannya.


Wakalah ialah upah yang diambil oleh pengendali takaful atas usaha melabur sebahagian daripada wang yang didermakan oleh pencarum. Upah yang diambil berdasarkan jumlah tetap atau nisbah yang telah dipersetujui daripada keuntungan pelaburan atau lebihan daripada dana takaful.


Mudharabah ialah lebihan keuntungan (surplus sharing) setelah ditolak kos-kos pengurusan yang akan dihadiahkan kepada pencarum oleh pengendali takaful sebagai menghargai penyertaannya. Dibawah kontrak mudharabah, pengendali takaful bertindak sebagai mudharib (usahawan) dan peserta sebagai rabbul mal (penyedia modal). Kontrak menyatakan bagaimana lebihan daripada operasi takaful dikongsi bersama antara pengendali takaful dan peserta. Kerugian akan ditanggung oleh peserta sebagai penyedia modal. Walau bagaimanapun, untuk melindungi kepentingan peserta, pengendali takaful dikehendaki mematuhi peraturan berhemat termasuk peruntukan pembiayaan pinjaman kadar bebas (zero interest) oleh pengendali takaful kepada dana risiko takaful sekiranya terdapat kekurangan dalam dana tersebut.

Petikan dari: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

No comments:

Post a Comment